Resepi Kueh Dari Pulut

PULUT PANGGANG @PULUT UDANG(sumber dari dewi cari.com.my)

BAHAN2NYA

1 kilo beras pulut
400 ml santan @ santan dari 1/2 biji kelapa
1 sudu kecil garam

Bahan untuk inti

1 biji kelapa parut
3 batang serai
6 ulas bawang merah
2 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 inci kunyit hidup ( boleh juga ganti dgn kunyit serbuk)
5-6 btg cili kering ( nak pedas lebih kan)
200gm udang basah.. kalau tak der yg kecil yg besarpun boleh tapi kena hiris kecil2
garam dan gula

Daun pisang

cara membuatnya :

Beras pulut di basuh dan di rendam sekurang2nya 3 jam
kukus beras pulut selama 15-20min dahagak masak angkat dan letak dl, bekas
kemudian harungkan dgn santan yg sudah dicampur garam.
gaul rata supaya tak berketul2 dan ketepikan.


pulut yg dah siap kukus dan buh santan

daun pisang di layur dan di potong agak2 la kalau nak buat besar tu potong lah lebar2 kalau tak dlm 6 inci lebar cukup dah .

bahan2 rempah , serai, bawang, halia, jintan kunyit semuanya di blender halus. masukkkan kelapa dan bahan yg diblender dlm kuali dan kacau rata. agak2 dah nak kering masukkan udang. ( jgn terlalu awal masukkan udang nanti over kecut lak udang tu)
then masukkan garam dan gula . ikut citarasa lah nak pedas atau tak.
kacau sampai kering. dan sejukkan.

Sementara tu tepekkan pulut atas daun pisang..


untuk menyenangkan kerja2 menempek pulut guna pisau palstik supaya senang tak melekat2 pulut di tgn.

kurangkan guna tgn bila handle pulut ni supaya pulut tak senang basi.

letak inti di tgh pulut


lipat daun sebelah kanan dan kiri supaya pulut menutup inti


hasil nya jadi gini

lepas tu baru gulung dgn kemas daun tu ..


picit hujung pulut di bawah .. dan lipat daun tu


picit gak yg belah atas dan lipat daun tu..


hasilnya….

buat lah byk2 lepas tu baru gunting kemas daun tu dan clipkan guna lidi atau stapler. ( dewi guna stapler jer.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

images1.jpg

INTI PULUT LEPA aka INTI TEMOSA aka INTI PAUNG GORENG (Sumber Kak Noormasri/cari.com.my)

3 kuih nih menggunakan inti yg sama

Bahan-bahan:

600 g ikan selayang } direbus kemudian ambil isinya
2 cawan santan pekat
2 cm halia } mayang halus
1/2 labu bawang besar
3-4 ulas bawang merah }mayang
sket halba
garam secukup rasa
gula secoet jika suka

Cara membuat:

Kisar bawang besar bersama santan dan isi ikan hingga hancur.
Masukkan kesemua bahan-bahan kisar kedalam kuali bersama halia dan bawang merah
Kacau selalu dengan menggunakan api yg perlahan
Bila inti hampir kering bolehlah dimasukkan halba dan garam secukup rasa
Kacau sehingga agak kering, jgn peroi sgt spt serunding.

Bahan2 tuh akak agak2 je..biasa lah mak akak ajar mana bg sukatan betul2…so kuantiti boleh diadjust mengikut citarasa masing2

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

pulut_lepa.jpg

PULUT LEPA

300 g pulut, direndam semalaman
125 ml santan (dari 1 kelapa)
sedikit garam
10-12 daun pisang (18×18 cm), dilayur
20-24 batang lidi (pencucuk)

Bahan Inti
400 g ikan kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
4 biji bawang merah, dicincang halus
½ kelapa parut putih
200 ml santan (1/2 kelapa)
1/2 kpg asam gelugur (kecil)
½ camt serbuk lada hitam
½ camt gula
sedikit garam

Jerang pulut, santan dan garam di dalam periuk tidak melekat. Pastikan api perlahan dan kacau sekali-sekala hingga kering. Tutup periuk, perlahankan ke tahap minima dan masak 10 min lagi. Bila pulut
masak, gemburkan dengan garfu. (Anda juga boleh mengukus pulut, jika mahu).

Untuk inti: Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk. Jika tidak suka masam, tidak perlu memasukkan asam gelugur.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: