NASI AYAM ISTIMEWA

nasiminyak.jpg

Nasi Minyak IstimewaSumber dr blog koleksi resepiku

Bahan-bahan
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar mentega atau marjerin

A
2 labu bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm hala, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga, dititik
3 cawan air
½ cawan Krimer Sejat Rendah Lemak IDEAL
500 gm beras basmati, basuh & tuskan
3 camca teh Serbuk Pati Ayam MAGGI

B
¼ cawan bawang goreng
¼ cawan kismis
1 biji hirisan cili merah
daun pudina

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak sapi dan mentega tumis bahan A hingga wangi.

Masukkan air, Susu Sejat dan beras.

Masukkan Pati MAGGI dan masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak.

Taburkan bahan B sebagai hiasan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Recipe For Nasi Minyak

Bahan-bahan
Bahan untuk nasi

5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu)
5 – 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.

Bahan untuk menumis

2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.

Bahan untuk hiasan

Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri

Cara memasak

1. Cara membuat air rebusan ayam atau daging.
2. Ayam/daging di basuh dan di potong
3. Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
4. Kandungan air mestilah cukup untuk nasik seperti di atas (kat bahan2 tu !)
5. Ambil air sahaja untuk nasi. Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
6. Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.

Cara nak masak nasi

1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan tu ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasik ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak.

Untuk hiasan

Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.

Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI MINYAK

2 mangkuk beras
2 mangkuk air
cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang ( serba sikit untuk menumis) (A)
bawang putih …. 3 ulas }
halia………………..satu inci setengah } blend hingga halus (B)
bawang besar……setengah biji }
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi atau margarine
garam & perasa
susu segar l cawan

1. panaskan periuk, masukkan minyak dan minyak sapi/magarine
2. masukan bahan (A)
3. tumis bahan (B)
4.setelah naik bau masukan air semangkuk, garam/perasa dan susu segar
5.masukan beras, tutup periuk, sampai masak.
(boleh masak dalam rice cooker…..kalau hendak masak lebih gandakan bahan diatas

Nasi Ayam Mak N

 

nasiayam0111.jpg

Nasi Ayam Mak N
Sumber dr blog koleksi resepiku

Bahan Perap untuk Ayam (semuanya diagak-agak saja
Paprika
Serbuk Bawang Putih
Gula dan madu
kicap cair masin
garam (sikit aje)- sebab kicap dah masin
minyak bijan
5-spice powder (optional)

Perap selama lebih kurang 30 minit dan kemudian digoreng. Boleh juga dipanggang di dalam oven jika nak healthy punya version.

Bahan Untuk Nasi Ayam

Kisar lada putih, halia dan bawang besar (agak-agak aje)
setengah biji bawang besar kuning ( yellow onion)
setengah cawan mentega

2 kiub perasa ayam ( knorr atau maggie)
3-4 helai daun pandan.
5 camt garam (atau agak-agak)
1 camt ajinomoto
serbuk kunyit (sikit aje untuk kasi warna kuning sedikit)
Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan di atas.

2. Basuh nasi dahulu dan setelah di sukat masukkan bahan gorengan di atas bersama nasi tadi dan dikacau sedikit.

3. masukkan bahan yang selebihnya seperti serbuk kunyit dan lain-lain di atas.


Sos Nasi Ayam

1-2 cawan soya sos (agak-agak)
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap hitam pekat
1 camt ajinomoto
2 camB gula
garlic + ginger (dalam 1 camt of each).
black pepper + garam (secukup rasa)

Sos Cili Nasi Ayam

5 cawan cili kering ( yang dah di jerang dan disejukkan semalaman)
1 cawan kicap (kicap masin)
1-2 sudu besar bawang putih (yang dah siap di potong)
1-2 sudu besar halia
garam dan gula secukup rasa.

Sup Nasi Ayam

2 kiub perasa ayam
@ guna chicken broth (boleh rebus ayam dan airnya boleh dibuat sup)
Air – 5-10 cawan (agak-agak) dan rasa ikut sedap
Daun bawang.

Bahan Hiasan Sebelum Menghidang Atas Pinggan

– Hirisan potongan timun
– Hirisan Buah Tomota
– Daun Salad
– Potongan Daun Bawang
– Bawang Goreng ( yang ditaburkan di atas nasi).

TIPS
CARA MEMBUAT NASI AYAM YANG LEMBUT

Macammana nak buat nasi ayam supaya nasinya tidak kembang seakan lembut; walaupun air sup yang saya masukkan sedikit sahaja.

Nasi Ayam yg cukup sedap hendaklah dicampur dengan beras wangi. Jika menggunakan 300 g beras biasa, campur dengan 150 g beras wangi kerana ini akan mengharumkan lagi nasi tersebut. Secara amnya, gunakan hanya 800 ml cecair (sebagai contoh, 600 ml air + 200 ml air rebusan ayam) untuk memasak dan jangan terlalu dikacau kerana butir beras akan hancur dan nasi tidak cantik.

Boleh juga gantikan air rebusan/stok tadi dengan 2 camb stok pekat ayam (di dalam botol). Pastikan juga campuran bawang ditumis hingga wangi kemudian asingkan minyaknya. Beras di’goreng’ dengan bawang tadi hingga kering airnya sebelum memasukkan cecair dan dimasak seperti biasa (di dalam electric rice cooker). Bila nasi masak, barulah dicampur kembali dengan minyak gorengan bawang tadi.

BAGAIMANA MEWANGIKAN NASI AYAM?

Kenapa ada sesetengah nasi ayam ada bau wangi pada nasinya seperti ada margerine di dalamnya. Masa bila hendak diletak, ketika menumis ker atau semasa memasak nasi? Dan how to get those gula karamel pada ayam. bagaimana nak mendapatkan gula karamel?

Gunakan separuh minyak dan separuh lagi marjerin ketika hendak menumis bahan kisar untuk nasi ayam. Gula karamel yg anda maksudkan itu sebenarnya adalah madu yg dicampur dengan sedikit kicap manis serta minyak bijan dan dilumur pada badan ayam dan dibiar seketika sebelum menggorengnya dalam minyak yg banyak (goreng terendam).

GULA KARAMEL

(untuk Caramel Custard dsbnya)
75 g gula kaster
120 ml air

Jerang kedua-dua bahan dalam periuk non-stick hingga gula larut. Kacau sekali-sekala hingga campuran menjadi keperangan kemudian angkat dan tuang ke dalam bekas. Jika dibiar terlalu lama, ia akan pahit (kerana kepanasan periuk).

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI AYAM

Bahan
1. 2 ekor ayam (quartered), kaki, leher dan giblets dibersihkan, potong
kecil.
2. 8 cawan beras panjang, dibasuh dan toskan
3. 3 liter air (tambah kemudian jika perlu)
4. 2 labu bawang putih, ditumbuk (bahagi 5)
5. 10 ulas bawang merah, ditumbuk (bahagi 2)
6. 1 biji bawang besar, dimayang
7. 3 inci halia, ditumbuk (bahagi 3)
8. 10 biji buah pelaga (bahagi 2)
9. 1 bungkus rempah sup Adabi (make into paste)
10. 1½ cawan kicap manis
11. 1 cawan sos tiram
12. ½ cawan sos tomato
13. 1½ cawan sos cili
14. 1½ sudu makan cuka/ 3 sudu makan jus limau kasturi (bahagi 2)
15. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
16. 5 biji cili merah, digoreng sebentar hingga pecah kulit dan ditumbuk
17. Minyak yang banyak untuk deep fry ayam dll.
18. Gula dan garam
19. 2 batang timun, dihiris bulat
20. 5 biji tomato, dihiris bulat
21. ½ pokok daun salad, disiat kecil.
22. Bawang goreng
23. Daun saderi dan daun bawang dimayang halus.

Cara
1. Pijarkan 2 sudu makan minyak
2. Tumiskan 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia, 1 dan bawang besar
sehingga naik bau
3. Masukkan 1 bhg buah pelaga
4. Masukkan rempah sup dan biarkan sehingga pecah minyak
5. Masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan garam dan gula (lebihkan
masinnya sedikit)
6. Apabila mendidih masukkan ayam (jika tidak muat boleh masukkan 4 bhg
dahulu dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan, kemudian masukkan yang
selebihnya). Ayam hendaklah dibiarkan didalam air mendidih selama 10 minit.
Keluarkan dan toskan. (Bahagian ayam yang dipotong kecil i.e. kaki, leher, tidak
perlu dikeluarkan).
7. Tambahkan air jika perlu dan didihkan sup selama 5 minit. Tutup api
dan biarkan sejuk
8. Campurkan kicap, sos tiram dan sos cili dan perapkan ayam yang telah
direbus selama satu jam

Untuk Nasi

9. Pijarkan 3 sudu minyak didalam kuali
10. Tumiskan 1 bhg. buah pelaga (yang dipecah-pecahkan), 1 bhg bawang
putih, 1 bhg halia dan 1 bhg bawang merah hingga naik bau.
11. Masukkan gula dan garam secukup rasa
12. Masukkan beras dan goreng rata. (sehingga putih keseluruhannya).
Ketepikan dan sejukkan

Back to the Ayam
13. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang dalam dan goreng
ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga garing, balikkan dan goreng sebelah
lagi sehingga garing permukaannya. Angkat dan toskan minyak

Back to Nasi
14. Sementara itu, masukkan beras yang sudah digoreng dan disejukkan, ke
dalam periuk nasi dan sukat air (gunakan stok ayam yang telah disejukkan, No.
7), anggaran 1 cawan beras: 1½ cawan stok. Sesuaikan air ikut suka. Masak
seperti biasa.

15. Untuk membuat sos cilinya, pijarkan 2 sudu makan minyak goreng ayam
tadi, tumiskan 1 bhg halia & 2 bhg bawang putih. Masukkan cili kering & cili
merah dan goreng hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, 1 sudu cuka dan 1
cawan stok ayam, 2 sudu makan gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih dan renih
sehingga pekat sedikit. Tutup api dan ketepikan.

16. Untuk menyediakan kuah kicapnya, pijarkan satu sudu makan minyak
goreng ayam, masukkan campuran kicap lebihan perapan ayam (tambah kicap jika
perlu) dan 1 cawan stok ayam, didihkan. Tutup api dan ketepikan.

17. Potong ayam yang telah digoreng kepada beberapa bhgn. kecil.
18. Panaskan lebihan stok ayam (tambah air, garam & gula jika perlu).

Untuk menghidang
1. Masukkan nasi ke dalam pinggan, taburkan bawang goreng & daun saderi
& daun bawang
2. Susun daun salad, hirisan timun dan tomato di dalam side plate.
Susunkan satu bahagian ayam (yang telah dipotong) diatasnya. Curahkan dua sudu
makan kuah kicap dan dua sudu makan sos cili keatas ayam
3. Masukkan sup ke dalam mangkuk sup dan taburkan bawang goreng & daun
saderi & daun bawang

***Kalau untuk Nasi Ayam Madu, tambahkan 4 camca besar madu dalam bahan perapan
ayam, sebelum digoreng. Tapi hati-hati, api jangan terlalu besar, ayam cepat
hangus because of the sucrose dalam madu tu ye…

NASI MINYAK ANAK MAMI STYLE

nasiminyakmamstail.jpg

Nasi minyak anak mami style
(SUMBER DR EPALMERAH CARI.COM.MY)

2 pot beras basmathi (basuh dan sukat air)
5 biji bwg merah}tumbuk halus
4 biji bwg putih}tumbuk halus
bunga lawang,cengkih,kayu mnis,pelaga
1 btg serai(diketuk)
daun pandan
garam,gula,aji
3 sudu makan susu cair
1 Peket rempah kurma(campur air sket)
2 biji cili merah dan hijau
badam(biji) kismis(optional)
1/2 sudu makan garam masala
sedikit daun pudina

cara:
tumis lawang,cengkih,pelaga dan kayu manis…masukkan bwg tumbuk.Bila dah naik bau masukkan rempah kurma dan garam masala…kacau sekejap baru masukkan daun pandan dan serai.
Bila dah naik bau masukkan garam,gula,aji dan susu cair.
kacau dan biar sekejap baru masukkan cili dan badam(kalau kering sgt boleh tambah air sket)mskkan daun pudina
Dah naik bau tuang dlm beras dan masak mcm biasa
kalau suka masukkan kismis bila nasik dah masak dan biarkan seketika

NASI AYAM HAKKA

nasiayam031.jpg

NASI AYAM HAKKA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih

Cara memasak:
آ· Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
آ· Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
آ· Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
آ· Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
آ· Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
آ· Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
آ· Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam

 

NASI AYAM KELUARGA DIANA


nasiayam02.jpg

NASI AYAM KELUARGA DIANA

Bahan-bahan

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan untuk Ayam Rebus Style Hainan
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam

Cara Menyediakan

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 – 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Cara untuk Ayam Rebus Hainan
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.

Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.

NASI AYAM ‘CLAYPOT’

NASI AYAM ‘CLAYPOT’

Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara
آ· Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
آ· Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
آ· Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

MEE UDANG ISTIMEWA

 

Mee Udang Istimewa
Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
1 kati udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
1 sudu teh gula pasir 4 batang sawi
1 kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

MEE BANDUNG ASLI MUAR

 

 

Sumber resepi/gambar maklang/cari.com.my
(utk hidangan 4 @ 5 org)

 

MEE BANDUNG ASLI MUAR
Bhn
Sawi-500 gm
Udang hidup-200 gm (letak skit udang kering yg ditumbuk ekkk…. kasi power skit mee bandung ni)
Telur-4 biji
Isi kerang-200 gm
Daging-100 gm
Cili Sos-5 sb
Tomato Sos-5 sb
Rempah Bandung – 6 sb
Kuah Rebusan Daging – 10 senduk

Bahan Tumis:-
Bawang merah – 5 sudu
Bawang putih – 1 sudu
Cili giling – 4 sudu

Cara

Tumis bahan di atas hingga naik bau.
Masukkan udang,kerang dan daging.
Masukkan cili sos dan tomato sos.
Masukkan air rebusan daing dan biarkan mendidih.
Masukkan rempah bandung dan sawi (boleh letakkan kemudian bila nak makan, takut layu sawi tu)
Masukkan garam.
Pecahkan telur dan masukkan satu persatu.Jangan sampai kuning telur pecah.Tutup sekejap.

Enak dihidang semasa panas.Taburkan daun sup,bawang goreng, cili jeruk,cili padi (jika suka) dan taburkan dengan sedikit kacang tumbuk…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE BANDUNG MUAR

200g daging
2 paket udang kering (rm2.50 satu)
cili boh…ikut suka nak pedas kasi banyak
udang 6-7 ekor udang
beberapa biji telur ikut berapa orn nak makan
mee dicelur
sawi
fish cake/ ball


Cara membuat
kisar semua udang kering, campurkan cili boh dan udang kering sampai pecah minyak. kasi tarok bahan pertama nih kat dalam bekas lain.(bole simpan untuk lain kali).

daging tu potong nipis2 ikut la nak kotak ke nak aper ker pas tu rebus…(peringantan air rebusan tu jangan dibuang ader guna)

mula memasak(satu hidangan)
ambil 3 sudu dari campuran pertama(udang & cili digoreng) tumis sementara kita masuk sikit daging(yg telah direbus),fish cake, udang. masak sehingga udang tu masak. lepas tu masukkan air sebusan (sikit jerk kalau terlebih nanti cair) masukkan telur (ikut suka berapa banyak selalunya kalau 4 org masuk la 4 biji) lepas nampak macam nak masak jerk masukkan mee, sayur

MEE BANDUNG


MEE BANDUNG

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling – yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah – dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara
· Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
· Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
· Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
· Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
· Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
· Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

Mee Bandung Asli


Mee Bandung Asli
[dewi cari.com.my]

Bahan2 untuk kuah

Cili kering ( blender) – dlm 3-4 senduk ( nak pedas tambah lagi ler kalau tak kurang kan)
ayam ( potong kecik2)- 1/2 ekor)
udang (buang kulit) – kalau kaya sgt buh ler byk tak der buat rencah sikit pun jadik ler
fish kek ( potong nipis)
fish ball ( potong nipis gak)
keledek ( rebus) 1 kilo
daun sup & bawang
sos tomato. 1 botol kecik
bawang putih & merah untuk menumis
asam keping

bahan2 tabur

Daging ( di rebus pas tu potong nipis2 dan di goreng garam kunyit)
tahu ( goreng pas tu hiris tebal 1 tahu potong jadik 5-6 keping )
daun sup & bawang ( hiris halus)
cili merah ( hiris halus)
bawang goreng
telur rebus ( belah 2)
mee kuning ( celur)
limau nipis ( potong) sori lupa had nie tadi

Cara buat kuah

Tumis bawang sampai wangi dan tumis cili blender … sampai wangi.
peh tu masukkan ayam, udang, fish kek & fish ball .
bahan2 nie sebenar nyer optional ader ayam & udang pun dah cukup.
dan masukkan asam keping dan sos tomato.

(petua : kulit udang yg kita siang tu jgn buang , basuh dan rebus kendian blender kan .
pas tu tapis ambik air nyer)

tunggu sampai bahan yg kita tumis tu bersama2 cili tu semua pecah minyak.
sementara tu belnder keledek yg dah rebus tadi. jgn cair sgt nanti kuah cair tak best. ( jgn ader ketul2 tau)

bila bahan tumisan dah masak masukkan air udang tadi ngan keledek .
tgk ler jgn pekat sgt dan jgn cair sgt. kalau pekat sgt tambah air sikit.
peh tu buh ler garam. rasa kasi cukup rasa masam manis nyer. biar didih seketika.

potong daun sup daun bawang sapanjang 3-4 inci panjang
dan masukkan dlm kuah. dah siap.

cara hidang:

bubuh mee dlm pinggan .bubuh tahu 2 keping, daging 2 keping , telur rebus sebelah.
tabur daun sup & bawang, cili & bawang goreng. tuang kuah kat atas

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Bandung Muar
[rodriguez CARI.COM.MY]

Bahan bahan:

1/2kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
3sudu besar cili kering yg tlh dimesin
1/2kati sawi
1kati Mee kuning
1/2 kati daging (direbus)
Telur ayam – ikut berapa org yg makan
1cawan udang kering (mesin halus)
2cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
4ulas bawang merah (mesin)
2ulas bawang putih (mesin)
daun sup
daun bawang
Bawang goreng
garam
gula

Bahan2 utk Sup:
1/2kati tulang lemb* (direbus-simpan airnya
1sudu jintan manis (dimesin)
11/2sudu jintan putih (dimesin)
4ulas bawang merah (dimesin)
1ulas bawang putih (dimesin)
1inci halia (dimesin)
daun sup & daun bawang
1kuntum bunga lawang (penumis)
1kuntum cengkih (penumis)
1batang kulit kayu manis (penumis)
1biji buah pelaga (penumis)

Cara buat sup tulang (A) :
Tumis bhn penumis hingga wangi
kemudian masukkan bhn-bhn mesin goreng hingga kekuningan.
Lepas tu bubuhkan tulang yg telah direbus & air rebusnya.
Biar mendidih tambahkan garam daun sup & daun bawang.

Cara buat rempah mee (B) :
panaskan kuali.
Tumiskan bawang yg dimesin bersama cili mesin.
kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin.
Bubuhkan 1/2cawan air rebusan daging.
biar seketika,
tambahkan garam & sedikit gula.
kemudian masukkan isi kerang & daging.
tambahkan sedikit air rebusan daging.
Biar hingga masak. ketepikan.

Cara nak makan mee (C) :
Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu bahan rempah mee yg telah dimasak (ikut berapa org yg makan)
tuangkan sup sebanyak mana yg anda suka biar mendidih seketika.
Kemudian masukkan mee kuning,sawi,daun sup & daun bawang &
pecahkan beberapa biji telur ayam (ikut berapa org makanlah).
bila nak makan boleh ditabur sedikit bawang goreng.
* seeloknya bila nak makan baru kita buat step (C) ni
sebab kalau kita buat awal-awal nanti meenya kembang & tak sedap dimakan

« Older entries