HOMEMADE TAPAI

Tapai Pulut

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut = 400 gm beras pulut (1 cawan = 200 gm pulut)
2 cawan air
¼ biji ragi – 1 biji ragi dipotong 4

Cara-cara:
Panaskan kukusan, guna api yg kuat.
Beras pulut dicuci bersih dan toskan airnya. (Beras pulut tak perlu direndam)
Masukkan beras pulut dan air ke dalam loyang.

1-Kukuskan selama 15 minit.
Setelah 15 minit angkat kukusan.

2-Gemburkan biar pulut sekata.

3-Kukus lagi selama 10 minit dan bolehlah diangkat.

4-Masukkan pulut tadi ke dalam dulang & pinggan yg besar, biar hingga sejuk.

Setelah pulut betul2 sejuk (make sure betul2 sejuk sbb kalau tak betul2 sejuk tapai akan menjadi merah), taburkan ragi ke atas pulut tadi.

** Ragi boleh terus diparut ke atas pulut tadi menggunakan penapis teh atau boleh diparut ke dalam bekas dulu kemudian ditabur ke atas pulut yg telah sejuk.
Kemudian terbalikkan pulut yg telah ditabur ragi ke sebelah bawah, dan tabur lagi ragi ke atas pulut yg telah diterbalikkan sehingga kesemua pulut sudah ditabur ragi.

Masukkan pulut ke dalam bekas kedap udara dan hendaklah dibalut dgn kain.
Biarkan selama 2 hari barulah boleh dimakan.

TIPS:
Pastikan pulut betul2 sejuk baru ditabur ragi kalau tidak nanti tapai akan menjadik merah.
Pastikan jugak pulut yg telah ditabur ragi tidak terkena air.
Jangan selalu dibuka takut nanti tapai tak masak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TAPAI PULUT (hanieliza)

bahan
1 kilo beras pulut [basuh dan toskan]
1 biji ragi [besar duit 50 sen] – [hancurkan dan ayakkan]
daun pisang atau daun getah atau daun jambu laut[hanya ada kat terengganu kot]
lidi untuk sepitkan daun
500 ml air untuk renjis/siramkan pada pulut

cara:
1. Masukkan pulut dalam periuk kukusan dan kukuskan pulut sehingga naik wap.
2. Keluarkan pulut dan siramkan ngan air dan gaulkan rata.
3. Kemudian kukus semula sehingga naik wap lagi.
4. Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam [dulang] dan selerakkan pulut.
5. Biarkan pulut betul-betul sejuk [dalam 2 – 3 jam] dalam suhu bilik.
6. Taburkan rata2 ragi yg telah diayakkan tadi.
7. Gaulkan rata dan biarkan sebentar.
8. Bersihkan dan lapkan daun.
9. Kepalkan pulut sebesar bebola ikan dan masukkan dalam daun.
10. Klipkan dengan lidi dan masukkan dalam bekas.
11. Simpan bekas tu selama 24 jam baru lah dimakan.

NOTA: Sekiranya susah nak dapatkan daun..boleh juga kepalkan pulut tu dan susunkan berselangseli dalam bekas kaca. Tutupkan dan simpan selama 24 jam juga.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tapai Pulut (tunteja cari.com.my)

bahan2..
-beras pulut
-ragi
-air (teja guna air masak..guna air mentah leh gak kot sbb lps tu nak kukus lg sekali)

cara2..

1)rendam beras pulut..2-3 jam pon dah ok

2)masak air lm kukusan sampai mendidih..then leh start kukus..utk alas beras teja guna jaring yg selalu org wat bungkus bawang

tapai011.jpg

3)angkat bila pulut dah naik wap..

4)’arung’ pulut ngan air..utk 1 mangkuk beras teja guna lebih kurang setgh cawan air..cara arung..curah air skit2 atas pulut then gaul sampai rata..tenyeh2 skit ngan senduk spy pulut jdk lembut

bila dah ‘arung’ leh nampak cm pulut berkilat skit compare ngan masa mula2 angkat

5)kukus pulut utk kali ke 2..lapik ngan sudu

6)angkat bila naik wap..then sejukkan (balik2kan pulut tu agar tak berpeluh)

7)sementara tunggu pulut sejuk leh sediakan ragi..selalu teja guna tapis tea utk parut ragi jdk serbuk..utk semangguk beras pulut teja guna lebih kurang 1sudu teh serbuk ragi..kl byk sgt nnt tapai jdk pahit skit

8)tabur ragi then gaul rata..make sure pulut dah betul2 sejuk

9)boh lam container

10)bungkus ngan kain..then leh la peram

petua org tua2
1)masa bungkus or proses sejukkan pulut tu jgn terenjis air or tgn basah sbb nnt tapai jdk merah
2)masa proses peraman tu jgn bukak selalu sgt bungkusan terutama hr pertama sbb selalu kl buat tapai nnt tapai akan demam..kl tgk nnt tapai terkejut..jdk masam or tak masak
3)jgn buat tapai masa ‘bulan mengambang’..nnt tapai jdk merah
4)jangka masa tapai masak terpulang pd org yg membuatnya..kl teja 2 hr insyaallah dah masak

1 Komentar »

  1. wawa Said:

    eeee masa dulu zaman aku kecik2 kalau nak buat tapai ni macam-macam aku dengo pantag larang org tua…sampai aku pun fobia nak buat tapai.akhirnya dah tua mcm ni tak tahu nak buat tapai cuma tahu makan je.dah dapat resipi nak buat pun fobia lagi….


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: