Mee Bandung Asli Muar

Hai!! Saya mulakan dengan hidangan mee dulu kebetulan memang peberet  my family .. masakan mee ni.. tak kira apa2 mee pun ..tambah2 ada perbagai2 seafood…..kebanyakkan gambar dlm masakan nie sekadar ilusi jer..abik dr search surfing..jng tertipu dengar gambar..tp kekadang boleh jg diadaptasikan ikut selerakan anda !!

MEE BANDUNG ASLI MUAR

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara:
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.Pijarkan minyak dalam kuali.Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.Masukkan sos tiram.Masukkan udang,daging rebus.Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cadangan Hidangan:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Hidangkan.
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

2 Komentar »

  1. Mr WordPress Said:

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

  2. Howdy are using WordPress for your blog platform?
    I’m new to the blog world but I’m trying to get
    started and set up my own. Do you need any html coding expertise to make your own blog?
    Any help would be really appreciated!


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: