Mee Bandung Istimewa


Sumber resepi Jo/mesra.net
Gambar:noormasri/cari.com.my

MEE BANDUNG ISTIMEWA
Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning – dicelur
Sawi – dipotong dan dicelur
4 keping tauhu – dipotong dadu dan goreng
Bawang goreng
3 tangkai cili merah – dihiris nipis
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili

Bahan kisar:
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cawan udang – buang kulit
1 cawan daging – rebus dan hiris nipis
½ cawan sotong – hiris
4 sudu besar kacang tanah kisar yang digoreng tanpa minyak
4 sudu besar udang kering kisar
4 cawan air rebusan daging
2 biji telur – dipukul
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air, sos tiram, sos cili, kacang kisar dan udang kering. Rasa garam dan gula. Apabila mendidih masukkan daging, udang dan sotong. Biarkan 2 minit. Masukkan telur dan kacau hingga pekat.

Cadangan Hidangan:
Letak mee, cili merah, tauhu, sawi ke dalam pinggan. Curahkan kuah. Tabur bawang goreng.

Tambahan:
Kalau nak pekat lagi kurangkan air rebusan daging

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sumber cranko/cari.com.my
1 kg Mee Kuning

Mee Bandung

Bahan2 A – di kisar halus
15 btg lada kering
2 biji bawang besar (atau gunakan 15 biji bawang kecil)
4 biji bawang putih
2 sdm udang kering
sedikit belacan

Bahan2 B
100 gm udang – buang kulit (tinggalkan ekor)
150 gm daging lembu –dicincang (atau guna daging yg di potong nipis2)
100 gm isi ayam – di potong nipis2
50 gm sawi – potong kecil
50 gm kobis hijau – potong kecil
4 biji tomato potong 6
2 sdm makan tomato puree (boleh di ganti dgn tomato sos)
4 sdm kicap manis
4 biji telor
air secukupnya (dlm 5 cwn)
1cube ayam knorr (optional)
garam & gula

Cara

Tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan daging lembu – masak sebentar dan masukkan air, tomato puree, kicap, isi ayam dan udang. Biarkan kuah mendidih – rasa garam & gula
Masukkan sawi, kobis. Biarkan sebentar dan masukkan mee. Kacau sebentar dan pecahkan telor sebiji- sebiji dan biarkan telor setengah masak.
Hidangkan dgn tomato yg di potong tadi

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: