NASI AYAM KELUARGA DIANA


nasiayam02.jpg

NASI AYAM KELUARGA DIANA

Bahan-bahan

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan untuk Ayam Rebus Style Hainan
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam

Cara Menyediakan

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 – 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Cara untuk Ayam Rebus Hainan
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.

Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: