HOMEMADE AWAS REMPAH RATUS

Homemade Awas Rempah Ratus

Sumber Dan Gambar Dari  http://bumbudasar.blogspot.com/2005/12/bumbu-dasar-kuning.html

Awas Rempah Kuning

Bahan :
1 kg,Bawang merah
1/2 kg,Bawang putih
1/2 kg,Buah Keras
1/2 kg, Kunyit
3/4 kg.Halia

Giling/Blander halus bahan2 diatas, lalu tumis dengan minyak secukupnya,tumis dengan api kecil,sehingga kelihatan seakan awas rampah terpisah dan terbit minyak.

Kegunaan :Masakan Indonesia.
Soto, Ikan acar kuning, Laksa, Rendang.
Gulai tambah cabe halus, dan bumbu gule bubuk
Rawon tambah cabe halus,+ Awah Rempah kuning ( 1: 1)

Awas Rempah Cili Hijau
Bahan :

1 kg,Lada hijau Besar
1 kg,Lada hijau Keriting dibuat jeruk,masukkan jus limau nipis tumis sedikit dan diblander.
1 kgBawang Merah ,
1/4 kg Tomato Hijau ,digiling kasar.
4 batang Serai diketuk
6 Daun Limau
Garam secukup rasa, gula sedikit.

Cara :-

Semua bahan dicampur dan ditumis dengan minyak secukupnya sampai layu dan terbit minyak

Awas Rempah Puteh.

Bahan :
1 kg,Bawang merah
3/4 kg. Bawang putih

Giling tidak terlalu halus, tetapi juga tidak terlalu kasar, sedang2 saja.
Tumis dengan minyak secukupnya sampai matang dan terbit miyak.

Kegunaan :
Sup, tumis,Sebarang Masakan Bergoreng, nasi goreng, mie goreng dll

Awas Rempah Buah Keras

Bahan:
1 kg,Bawang merah
1/2 kg,Bawang putih
1/2 kgBuah Keras,
1 inci cekur ( option),
1/2 kg. Halia

Haluskan semua bahan, tumis dengan minyak secukupnya, sampai matang dan terbt minyak.

Kegunaan :
Opor.
Rawon : tambah bumbu kuning ( 1: 1) + cabe halus
Lodeh nangka.
Lodeh daun ubi.
Botok.
Pecel ayam, pecel telur

 Awas Rempah Merah

Bahan:
1 kg,Bawang merah
1/2 kg,Bawang putih
1/4 kg,Buah Keras
1/2 kg,Cili Merah (ikut selera pedas),
1/2 kg, tomato
1/4 kg.Halia

Haluskan bahan semua kecuali bawang merah.
Bawang merah digiling agak kasar untuk menambah rasa kesedapan awas rempah ini.
Tumis dengan minyak secukupnya sampai matang dan berminyak.

Kegunaan :
macam2 sambel goreng : s.g. ati, s.g. krecek, sayur buncis dll.
nasi goreng.
Daging/ayam masak merah, udang masak merah.

Awas Rempah Masak Sambal

Bahan :
1 kg,Cili Merah Besar
1/2 kg Cili Keriting ( mengikut selera kepedasan),
1/2 kg, Bawang Merah
1/4 kg,tomato digiling tidak terlalu halus.
Belacan( jika suka,kalau tidak suka belacan ganti dengan bawang putih),
gula, garam secukup rasa,digiling halus.

Campurkan kedua bahan dan ditumis dengan minyak secukupnya sampai minyaknya kelihatan agak terpisah dari awasnya.

Sambal yang akan disatukan dipanaskan hingga mendidih dan dapat dimodifidkan dengan penambahan bahan menjadi :-

sambal tomato : dipanaskan dan tambah tomato.
sambal bawang : tambah bawang merah yang dihiris2.
sambal petis : tambah petis dan perahan air limau

SELAMAT MEMCUBA

Banyak macam teori cara membuat sambal berlada, ada yang cilinya direbus dulu baru digiling lalu ditumis, ada yang mentah2 digiling, bahkan ada yang halus ada juga yang kasar gilinganya.

Bagi versi d’ez ini , kalau mahu cilinya lebih kelihatan texturnya, tumis awas berlada ini agak lama dan betul2 kering, jadilah belado yang agak kering, tinggal dimasakan seperti pada telor, daging keringnya/dendeng.

Tetapi untuk masakan yang perlu kepada penyerapan sambal, biarkan seperti biasa sahaja, kemudian ditumis dengan bahan yang perlu dibeladakan, seperti ayam, tahu, udang dsb campur saja sambal ini kemudian tumis hingga bumbunya agak mengering.

Bahan :

1 kg Cimerah Besar ,
1 kg,Cabe Merah Keriting
1 kg Bawang merah , digiling kasar.
Garam secukup rasa dan gula pasir sedikit

Tumis semua bahan dengan minyak agak banyak.
Bila suka bisa ditambahkan tomato yang juga digiling kasar2 ditumis bersama dengan cilinya.

Digunakan untuk : Balado telor, ikan , ayam , belado tahu dll…..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: